Followers

Wednesday, 11 September 2013

Sihat Sebelum Sakit

Bismillahirrahmanirrahim Erti sihat begitu besar maknanya dalam hidup mama 4F...begitu besar sehingga boleh disamakan dengan hidup dan mati.Sebagaimana disebalik sihat adalah sakit...mama telah merasakannya begitu Allah masih mendengar doa mama untuk hidup lagi maka mama ingin sekali malah berkali-kali melafazkan syukur Alhamdulillah...besar sekali nikmat yang telah kau berikan kepada hambamu ini Ya Allah.Subhanallah. Jagalah kesihatan kita dan keluarga kita sebaik-baiknya dan jangan lupa berdoa kepada Allah untuk memberkati setiap hembusan nafas dan seluruh hidup kita... Ya Allah berkatilah Setiap hembusan nafasku Seluruh hidupku dan keluargaku (seperti lirik sebuah lagu Indonesia...manfaatkan muzik untuk keluarga kita jika kita renungkan)

No comments:

Post a Comment